Raya Tiba Lagi
Ya,seperti yang dapat dibacakan dari topik di atas suasana raya kini dapat dirasai.Erm .. sebenarnya tidak sekali,tidak dapat dilihat hiasan di mana-mana di Melaka ini kecuali papan tanda besar di depan air terjun Ayer Keroh dan selain daripada itu bahang hari raya tidak dapat dirasai.Mungkin juga sebab jarang melihat televisyen maka tidak melihat iklan hari raya di tv yang selalunya mengingatkan bahawa raya akan menjelang tiba tak lama lagi.
Sebenarnya iklan-iklan ini semua tidak penting,yang penting perasaan dari hati sendiri tapi kali terakhir rasa tak sabar untuk raya adalah ketika saya masih boleh menulis karangan Bahasa Melayu dengan baik.Tapi masa sudah lama berlalu,saya sudah tidak lagi bermain mercun mancis dengan sepupu-sepupu yang sama-sama nakal,tidak lagi bermain kejar-kejar di sekitar rumah lama nenek pada lewat malam,tidak lagi pergi ke rumah-rumah orang yang tidak dikenali untuk memungut duit raya :p,bahkan tidak lagi balik ke kampung pada hari raya.Tahun ini sama seperti tahun lepas, tetapi mungkin lebih baik sedikit.Pertama kali sepupu dekat yang akan berkahwin dan bolehlah mengintai-intai saudara-mara yang cantik yang mungkin datang pada majlis itu :P
Puasa lagi 2 minggu sahaja ... gogogo you can do it! Oops .. maksud saya .. pergi pergi pergi saya boleh lakukan !
0 Comments:
Post a Comment
<< Home